Selasa, 26 Februari 2013

Kem Peningkatan Profesionalisme 2013


Kem Peningkatan Profesionalisme Pengawas Koperasi telah diadakan pada 23 - 24 Februari 2013 di SMK Jalan Reko.  Kem selama dua hari satu malam ini disertai oleh 34 orang Pengawas Koperasi.  

Aktiviti kem bermula pada jam 8.00 pagi (23/2/13) dengan pendaftaran dan sarapan pagi.  Seterusnya, peserta dibawa ke Dewan PPKI untuk program Ice-Breaking dan Wonderpet yang dikendalikan oleh Saudara Nizam dan AviSelepas Solat Zohor dan makan Nasi Ayam, En. Mohd Syahizam meneruskan aktiviti Kenal Koperasi di Dewan Lestari.

Selepas Solat Asar pula, Pn. Azliha dan Pn. Noorlaila menjalankan aktiviti Sukaneka di Dataran Wawasan.  Ustaz jemputan telah menjadi imam untuk Solat Maghrib dan Isyak di samping memberikan tazkirah pada malam tersebut.  Peserta dihidangkan dengan Nasi Goreng dan KFC sebelum berlangsungnya aktiviti Dariku Untukmu.

Pada hari kedua, peserta dikejutkan pada jam 5.30 pagi untuk membersihkan diri dan Solat Subuh berjemaah.  Kemudian, acara Senamrobik diadakan sebelum peserta bersarapan pagi dengan Roti Canai.  Seterusnya, peserta bersama-sama dalam aktiviti Sayang Koperasi.

En. Mohd Syahizam dan Pn. Haslina bersama-sama memberi penerangan tentang Tugas dan Tanggungjawab Biro kepada peserta.  Aktiviti kem diakhiri dengan Pembentangan Kumpulan, sesi soal jawab dan Penilaian Program.  Majlis penutupan dirasmikan oleh Pn. Noorlaili bt. Mahmud, Naib Pengerusi Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad.  


Setiausaha Koperasi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang terlibat terutamanya nadi utama kem ini iaitu En. Mohd Syahizam, Saudara Nizam dan Saudara Avi Marfaiz.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *