Khamis, 2 Januari 2014

Pelajar Cemerlang PMR 2013

Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad setiap tahun memberikan sumbangan kepada Pelajar Cemerlang Straight A's PMR dalam perhimpunan pagi hari pertama persekolahan.  Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pn. Zaitun bt Ibrahim, Pengetua SMK Jalan Reko pagi tadi di Dataran Wawasan. Sumbangan ini diharapkan dapat membuka semangat juang kepada pelajar-pelajar Tingkatan Tiga tahun ini untuk meneruskan kecemerlangan di dalam PBSMR yang akan diadakan pertama kali nanti.  Pelajar-pelajar berikut ialah :

AYU ATHIRAH BINTI KHAZANI
ASYRAF BIN AHMAD SAFRI
MAITASHA ALIA BINTI MEOR YAHAYA
NURSYAHIDAH BINTI MOHD ASZEMI
NURIN UMAIRAH BINTI MOHD NAZLIN
NUR ASHIQIN BINTI MAT ISA
DALEESHA A/P VISVA PRAKASH


Pihak Koperasi mengucapkan tahniah kepada semua pelajar tersebut, semoga kecemerlangan ini akan diteruskan di masa hadapan.  Kepada pelajar yang lain teruskan usaha kerana masih ada peperiksaan SPM dua tahun dari sekarang.  Usaha berterusan akan membawa kejayaan, In Syaa Allah.

Selasa, 31 Disember 2013

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 & Peralihan 2014

Bermula jam 7.30 pagi tadi, 4 orang Guru Koperasi dan 19 orang Pengawas Koperasi bersama-sama menguruskan jualan barang keperluan persekolahan dan buku rampaian di Kedai Koperasi.  Guru tingkatan juga membantu pihak koperasi mengutip wang dari ibu bapa di kelas untuk pembelian Fail PBS, Fail Peribadi Pelajar dan bayaran saham koperasi.

Selepas pendaftaran selesai pada jam 12.00 tengah hari, guru tingkatan menyerahkan wang jualan kepada Bendahari Koperasi.  Kedai Koperasi ditutup jam 1.00 petang tadi dan selepas ini ia akan beroperasi seperti biasa di hari-hari persekolahan.  Terima kasih diucapkan kepada semua Guru dan Pengawas Koperasi yang terlibat dan semoga semangat kerjasama ini akan diteruskan pada hari-hari mendatang.

 
 
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *