Jumaat, 25 Februari 2011

Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2011

Pada 24 dan 25 Februari 2011, Unit Kokurikulum SMK Jalan Reko telah mengadakan Kursus Kepimpinan Kokurikulum untuk barisan pemimpin yang terdiri dari Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Kelab, Persatuan serta Unit Beruniform yang ada di sekolah.



Seramai 81 orang pelajar telah mengikuti kursus yang mengambil masa selama dua hari dan satu malam yang diadakan di Kem bina At-Taqwa, Dengkil, Selangor. Kelab Koperasi telah menghantar tiga orang wakil iaitu Muhammad Nur Afiq b. Misnan, Mohd. Adzha b. Mesdi dan Puteri Noor Hawabealla untuk menghadiri kem tersebut.



Beberapa slot aktiviti telah dijalankan iaitu Kenali Diri dan Potensi, Kepimpinan Berkesan, Pengurusan Aktiviti dan Program, Perancangan Kewangan, Kertas Kerja Program dan Explorace - Kau dihatiku.



Aktiviti yang meninggalkan kesan di hati pelajar ialah Explorace - Kau dihatiku, di mana pelajar perlu keluar dari Kem dan bergerak dari rumah ke rumah untuk berjumpa dengan masyarakat di sekeliling kem itu.



Mereka menawarkan bantuan yang diperlukan oleh penduduk sebelum mendapat pengesahan yang kumpulan mereka telah membuat kerja tersebut. Setiap kumpulan perlu mendapatkan tandatangan dari enam buah rumah atau kedai dan membawa balik bahan bukti.



Seramai tiga orang guru mengiringi pelajar di dalam program ini iaitu Pn. Zaini bt. Mohd Noor (Penolong Kanan Kokurikulum), Pn. Nooriza bt. Wahab (Setiausaha Kokurikulum) dan Pn. Haslina bt. Ibrahim (Setiausaha Koperasi).

Ahad, 20 Februari 2011

Reunion Planning

Pihak Koperasi bercadang untuk mengadakan Lawatan Sambil Belajar bagi Pengawas Koperasi 2011 dan seterusnya reunion untuk pelajar-pelajar yang telah meninggalkan sekolah dan pernah menjadi Pengawas Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad tahun 2004 - 2010.

Setelah tinjauan dan perbincangan dengan pihak hotel dilakukan, pihak pengurusan koperasi telah memilih Tiara Beach Resort, Port Dickson untuk menjalankan aktiviti itu. Tarikh 26 dan 27 Mac dipilih dengan agenda utamanya "BBQ Dinner".

Pihak Koperasi menyeru semua bekas Pengawas Koperasi untuk menyertai reunion ini. Bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM 70.00 untuk Pengawas Koperasi 2011 dan RM 90.00 untuk bekas Pengawas Koperasi dan pelajar-pelajar SMK Jalan Reko yang berminat.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *