Sabtu, 7 Mei 2011

Pertandingan Kawad Kaki 2011


Pada jam 9.00 pagi tadi Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform telah diadakan di Dataran Wawasan SMK Jalan Reko. Terdapat 7 unit terlibat di dalam pertandingan ini iaitu Kadet Polis (2 pasukan), Puteri Islam, Kadet Bomba, Pandu Puteri, Pengakap, Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).



Pertandingan Kawad Kaki ini adalah salah satu daripada aktiviti kokurikulum SMK Jalan Reko dalam usaha memupuk semangat kerjasama dan menonjolkan kredibiliti kepimpinan dan semangat kecintaan pada negara dalam kalangan generasi sekarang.



Johan Pertandingan Kawad Kaki ini telah disandang oleh Pasukan Kadet Bomba, Naib Johan telah dimenangi oleh Pasukan Pengakap dan Tempat Ketiga diberi kepada Pasukan KRS. Ketua Platun terbaik pula telah dianugerahkan kepada Shahaizat b. Ahmad dari Pasukan Pengakap.



Syabas diucapkan kepada pasukan yang berjaya dan tidak lupa ucapan tahniah untuk semua yang telah menjayakan pertandingan ini.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *