Rabu, 25 Julai 2012

Kemuncak Sambutan HKS 2012

Pada hari Selasa 3 Julai 2012, Sambutan HKS Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad mencapai kemuncaknya. Aktiviti bermula jam 9.50 pagi sehingga jam 2.15 petang. Guru dan pelajar bertumpu di gerai jualan yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman.




Acara Futsal Separuh Akhir dan Akhir dijalankan di padang pada jam 10.30 pagi. Johan pertandingan ini ialah Kumpulan Red Scorp yang menerima hamper dan piala emas. Naib Johan ialah Kumpulan Tiramisu yang menerima hamper dan piala perak. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Kumpulan West Country yang menerima hamper dan piala gangsa. Hamper-hamper adalah tajaan Eilong Trading, pembekal alat tulis manakala piala untuk pemenang disediakan oleh Pihak Koperasi.




Pertandingan Akhir Reko Idol pula diadakan pada jam 11.00 pagi di Dewan Lestari (tertutup) yang memuatkan lebih kurang 300 orang pelajar. Hanya pelajar yang membeli tiket bernilai RM 1.00 seorang sahaja berpeluang untuk menyaksikan pertandingan di samping mengundi peserta pilihan mereka. Dengan tiket itu juga mereka berpeluang untuk memenangi tiga hadiah yang disediakan melalui cabutan bertuah. Sementara para juri mengira markah, penonton dihiburkan dengan persembahan selingan dari A.Ali, komposer dan penyanyi dari Kumpulan Pelangi yang terkenal dengan lagu “Biarku Menjadi Lilin”. Anak perempuan beliau juga menyumbangkan dua buah lagu.
Muhammad Arif b. Idris (4SN) muncul sebagai Johan Reko Idol yang membawa pulang wang tunai RM 100 dan hamper bernilai RM 120. Naib Johan adalah Noor Suhaila bt. Buyung Satu (4TV4) yang menerima wang tunai RM 50 dan hamper. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Mohd Syazwan b. Zahid (4TV3) yang menerima wang tunai RM 30 dan hamper. Hamper-hamper adalah sumbangan Syarikat L.B.Food, pembekal minuman manakala wang tunai disediakan oleh pihak koperasi.




Paintball & Golf dijalankan oleh syarikat luar dari Gombak di sebelah tempat meletak kereta berbumbung. Ianya bukan pertandingan berkumpulan tetapi dijalankan secara tembakan tepat oleh individu. Bayaran yang dikenakan kepada pelajar ialah RM2 untuk 5 peluru. Pelajar-pelajar yang dapat menembak dengan tepat sasaran dengan peluru-peluru tersebut, dibenarkan bermain permainan golf yang telah disediakan.





Pertandingan melukis adalah bertemakan Suasana Sambutan HKS 2012. Johan pertandingan melukis ini ialah Khairunnisa Izzati bt. Hairudin (3KM2) yang menerima hamper bernilai RM120 sumbangan Syarikat L.B.Food. Naib Johan ialah Tengku Norsharina bt. Tengku Amri (5TV3) dan Tempat Ketiga ialah Nur Hanna Izzati bt. Zulkefli (4KE4), masing-masing menerima hamper sumbangan Syarikat Pustaka Daya Intelek.



Aktiviti Rumah Hantu dikendalikan oleh Pasukan Kadet Polis di Dewan PPKI. Pihak Koperasi telah merancang dua lagi aktiviti iaitu Kereta Drift dan Pertandingan Fotografi – Aksi Kereta Drift. Malangnya aktiviti Kereta Drift ini terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir kerana sekolah digunakan untuk Peperiksaan MUET. Oleh itu Pertandingan Fotografi yang menjadikan Kereta Drift sebagai objek utama juga terpaksa dibatalkan.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *