Selasa, 24 Jun 2014

Sambutan HKS & Mesyuarat Agung Tahunan 2014


Pada hari Isnin 23 Jun 2014, Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) di Dataran Wawasan dan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Kali Ke-16 di Dewan Lestari.

Pengerusi Majlis Sambutan HKS yang bermula pada jam 7.30 pagi itu ialah Nur Syazwani bt. Shaharum. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Muhammad Nazmi Aiman b. Mohd Tarmizi. Selepas nyanyian lagu rasmi sekolah ; Ikrar Rakyat Malaysia, Ikrar Keselamatan Jalanraya dan Ikrar Sekolah disampaikan oleh Muhd Alif Asriq b. Ibrahim, Sharul Azri b. Sabtu dan Muhammad Aiman Yusof b. Shaharudin.

Seterusnya, bacaan perutusan dari Presiden Angkasa (Muhammad Nazmi Aiman b. Mohd Tarmizi), Menteri KPDKK (Sharul Azri b. Sabtu) dan Menteri Pendidikan (Muhammad Aiman Yusof b. Shaharudin). Selepas lafaz perasmian oleh Pn. Zaitun bt. Ibrahim (Pengetua SMKJR), beliau menaburkan kertas berwarna-warni (kupon bernilai 50 sen setiap satu) kepada pelajar lelaki dan Pn. Noorlaili bt. Mahmud (PK Kokurikulum) pula kepada pelajar perempuan. Pada masa yang sama, Pengawas Koperasi petang membuat persembahan Koir Lagu Koperasi di atas pentas. Acara terakhir yang dijalankan ialah Sketsa Koperasi (lihat read more) majlis ini berakhir pada jam 8.30 pagi.


Mesyuarat Agung Koperasi Kali Ke-16 pula dimulakan pada jam 8.40 pagi dan disertai oleh pelajar Tingkatan 5PA1, 5PA2, 4PA1, 4PA2 serta semua Pengawas Koperasi pagi. Pengerusi majlis perasmian mesyuarat ini adalah Pn. Hirawati bt. Baharuddin. Selepas bacaan doa yang dipimpin oleh Muhammad Nor Shukri b. Ishak, Pn. Zaitun bt. Ibrahim (Pengerusi Koperasi) membuat ucapan seterusnya merasmikan majlis tersebut.

Setelah itu, Pn. Noorlaili bt. Mahmud (Naib Pengerusi Koperasi) menyampaikan cenderahati kepada Pn. Zaitun. Mesyuarat Agung yang bermula pada jam 9.00 pagi ini dipengerusikan oleh Pn. Zaitun dan berakhir pada jam 10.00 pagi. Pelajar-pelajar yang terlibat diberikan kupon untuk menuntut Nasi Lemak Ayam dan Air Mineral di Koperasi.








Read More...
  KOPERASI SMK JALAN REKO KAJANG BERHAD
SKETSA SEMPENA SAMBUTAN HKS 2014

(Muzik The Final Countdown)
  
  • Dari Pentas Wawasan,
Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad mempersembahkan Sketsa Koperasi sempena Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2014.

                     (Muzik Cheri Cheri Lady)
Babak 1 :  Di Kantin Sekolah

Pelakon
Suara
Skrip
Ain
Syam
Fatin, Syafiqah..aku dengar ada pengambilan pengawas koperasi baru untuk tahun ini, jom join.
Syafiqah
Wanie
Tak nak lah aku, bukan best pun jadi pengawas koperasi.
Ain
Syam
Tapi aku dengar dia orang ada elaun setiap bulan, ada makan-makan, jalan-jalan..best tu..
Fatin
Amira
Eh, ye ke..ok gak tu..
Syafiqah
Wanie
Kalau korang nak, pergi la..aku tak nak..
Ain
Syam
Ala kau ni, tak seronok la kami berdua je pergi..jom la..
Syafiqah
Wanie
Aku dah kata tak nak, tak nak la..apa lak paksa-paksa orang ni..(Syafiqah berlalu dari situ)
Fatin
Amira
Tak pe la, Ain..biarkanlah dia..aku temankan kau pergi interview esok.
   
*************************************************************
 (Muzik Cheri Cheri Lady)
Babak 2 :  Keesokannya - Di Bilik Cikgu – Koperasi Sekolah

Pelakon
Suara
Skrip
Ain
Fatin
Syam
Amira
Assalamualaikum cikgu.
Cikgu N
Shafiqah
Waalaikumsalam.
Fatin
Amira
Cikgu, kami berdua nak jadi pengawas koperasi.
Cikgu N
Shafiqah
Kenapa awak berdua nak jadi pengawas koperasi ?
Ain
Syam
Saya minat bidang perniagaan cikgu. Ayah saya pun ada kedai, saya selalu tolong ayah saya kat kedai.
Cikgu N
Shafiqah
Awak lak ?
Fatin
Amira
Saya belum pernah pegang jawatan apa-apa kat sekolah cikgu, saya nak cuba jadi pemimpin.
Cikgu Naily
Shafiqah
Cikgu tiada halangan jika awak berminat, tapi jangan nak jadi pengawas koperasi sebab dapat elaun misalnya.. Di sini, sifat amanah amat penting sebab kita selalu berhadapan dengan duit…kena ada kekuatan diri sebab kita selalu berhadapan dengan kerenah pelanggan. Jadi pengawas koperasi adalah pilihan awak sendiri tapi bila sudah dilantik, awak tiada pilihan, mesti ikut peraturan yang ditetapkan.
Ain
Fatin
Syam
Amira
Baik cikgu, kami akan cuba melakukan yang terbaik.
Cikgu
Naily
Shafiqah
Dalam masa sebulan ini, awak berdua dilantik sebagai pengawas percubaan koperasi, tunjukkan komitmen awak kat sini. Kalau ada masalah, bagi tau cikgu.
Ain
Fatin
Syam
Amira
Terima kasih cikgu.
  
****************************************************

(Muzik Cari Jodoh)
SELINGAN 1 – NYANYIAN

(Lagu Warisan)
NYANYIAN LAGU WARISAN


**********************************************************
  (Muzik Cheri Cheri Lady)
Babak 3 :  Selepas sebulan – Padang Sekolah


Pelakon
Suara
Skrip
Shafiq
Ikmal
Ain, setiap hari aku nak kau bagi aku RM10..kalau tak, makan kaki la kau nanti.
Ain
Syam
Eh, kenapa lak aku nak kena bagi duit kat engkau, mana aku ada duit..mak aku bagi RM3 je sehari.
Aiman
Musa
Apa susahnya, kau ambik je duit dalam koperasi.
Ain
Syam
Tak boleh lah, tu mencuri namanya, berdosa. Kalau cikgu tau aku kena pecat nanti, kena tindakan disiplin, boleh kena buang sekolah lagi.
Shafiq
Ikmal
Peduli apa aku, yang aku tau..setiap hari RM10…
Aiman
Musa
Ingat ye Ain, kalau kau bagi tau sesiapa tentang hal ini, siap kau..!!!

  *******************************************************
  
(Muzik Cheri Cheri Lady)
Babak 4 :  Di Kaunter Koperasi

Pelakon
Suara
Skrip
Aiman
Musa
Air revive satu, mineral satu, roti ikan bilis dua.
Fatin
Amira
Maaf ye, cikgu kata kalau bukan masa rehat, pelajar boleh beli air mineral, alat tulis dan fotostat saja. Tak boleh beli makanan dan minuman lain.
Shafiq
Ikmal
Kau ingat kau besar sangat ke ? Baru Tingkatan Satu, kan..aku Tingkatan 5 tau, dah lama sekolah kat sini. Aku bukan nak free pun, hey, duit aku banyak la, nak beli satu koperasi ni pun aku mampu.
Fatin
Amira
Tapi cikgu kata tak boleh.
Aiman
Musa
Woiii, tak payah cakap banyak. Bagi cepat, kalau tak, tunggu selepas sekolah nanti, tau la nasib kau…
Shafiq
Ikmal
Entah, baru jadi pengawas koperasi nak berlagak lak..
  
*************************************************
 (Muzik Cari Jodoh)
 SELINGAN 2 – SAJAK

(Diiringi Muzik Seribu Tahun Takkan Mungkin)
(SAJAK - AKU DALAM DILEMA)

 Sebenarnya,
Aku tidak mahu mengingati
Tidak ingin memikirkan
Apa yang terjadi…
Namun,
Dalam keadaan begini
Tidak mampu ku hindari

Aku tidak kuat untuk menghadapi
Tapi,
Aku juga tidak terdaya
Untuk lari
Dari kemelut ini…

Mengapa aku yang terpilih
Untuk melalui situasi ini
Di saat kasih mula bersemi
Di kala hati mula menyayangi

Sebenarnya,
Aku bimbang
Bila aku tidak lagi mampu berdiri
Di atas landasan ini
Aku akan membuat keputusan
Yang merugikan diri sendiri
Dan orang lain…

(Habis sajak, sambung dengan nyanyian Lagu Seribu Tahun Takkan Mungkin)
             
********************************************************************
  
(Muzik Cheri Cheri Lady)
Babak 5 :  Di Bilik Cikgu – Koperasi Sekolah

Pelakon
Suara
Skrip
Cikgu N
Shafiqah
Kenapa awak nak jumpa saya..Ain, Fatin..?
Ain
Syam
Cikgu, saya dan Fatin nak letak jawatan.
Cikgu Naily
Shafiqah
Eh, kenapa lak ni..saya tengok awak berdua rajin bertugas kat koop. Awak ada masalah ke ?
Fatin
Amira
Cikgu, kami rasa kami tak mampu nak terus jadi pengawas koperasi. Banyak cabaran yang terpaksa kami hadapi.
Cikgu N
Shafiqah
Pasal Shafiq dan Aiman ?
Ain
Syam
Eh, mana cikgu tau semua ni ?
Cikgu
Naily
Shafiqah
Dengar sini, dari awal kamu jadi pengawas koperasi cikgu dah ingatkan..jika ada apa-apa masalah, bagi tau cikgu. Kita satu keluarga dalam koop ni. Susah senang kita sama-sama hadapi. Ada masalah kita sama-sama selesaikan. Ruginya kalau awak nak letak jawatan sebab orang lain.
Fatin
Amira
Tapi camana dengan Shafiq dan Aiman tu Cikgu, saya takut la..
Cikgu
Naily

Shafiqah
Sekolah kita ni ada peraturan, setiap kesalahan ada hukumannya. Perbuatan mengugut, memeras ugut tu adalah kesalahan disiplin. Serahkan saja pada cikgu, tau la cikgu nak buat macammana. Nasib baik kawan-kawan kamu tu cerita pada cikgu. Kamu berdua harus ingat, tak semua perkara kita boleh hadapi sendiri.



Pengawas Koperasi lain masuk

Ayuni
Wanie
Assalamualaikum Cikgu.
Aida
Amira
Ain, Fatin..jangan pergi !!!
Ayuni
Wanie
Kalau korang pergi, siapa nak bertugas dengan akak?
Aida
Amira
Sapa lak nak check barang dengan akak..?
Cikgu
Naily
Shafiqah
Aaaa, tengok tu..semua orang kat sini sayang pada kamu berdua. Apa pun masalah yang kita hadapi, ada jalan penyelesaiannya. Cuma kita harus kuat dan jangan cepat mengalah. Dugaan ada di mana-mana. Jangan jadikan itu sebagai batu penghalang. Bila dugaan itu berjaya kita harungi, di situlah kemanisannya.
Ayuni
Wanie
Maafkan kami sebab bagi tau cikgu tentang perkara ini..tapi, kami tak nak korang berdua tinggalkan koop..
Aida
Amira
Ye Ain, Fatin..dulu kami pun pernah alami situasi macam ni, tapi kami tetap bertahan sampailah sekarang…
Ain
Syam
Terima kasih cikgu, terima kasih kawan-kawan..Sebenarnya, saya memang sayangkan koop ni..
Fatin
Amira
Betul cikgu, sekarang saya faham. Saya akan jadi lebih kuat selepas ini.
Cikgu
Naily
Shafiqah
Nampaknya semua sudah selesai.  Saya nak tegaskan sekali lagi, dalam koop ni, semangat kerjasama amat penting. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Cikgu harap kamu semua akan kekal dalam koperasi sehinggalah kamu meninggalkan sekolah ini. Dan persahabatan kamu akan kekal untuk selamanya…
Semua
Semua
In Syaa Allah cikgu…

(Lagu Sahabat Untuk Selamanya)
NYANYIAN LAGU – SAHABAT UNTUK SELAMANYA
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *