Ahad, 9 Jun 2013

Sambutan Hari Guru 2013

Sambutan Hari Guru SMKJR tahun ini diadakan pada hari Khamis 16 Mei 2013. Sambutan kali ini dikendalikan oleh Kelab Guru, Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad dan Pembimbing Rakan Sebaya.

 

Pihak Koperasi bertanggungjawab mengendalikan Acara Sukaneka di Padang. Terdapat lima acara sukaneka disediakan untuk guru-guru iaitu Lara Si Buta, Eat Drink & Cash, Izinkan Saya, Tak Kena Pun dan Bola Sepak Berbasikal. Acara ini bermula selepas perarakan guru dan bacaan perutusan di Dataran Wawasan. Guru-guru dan Pengawas Koperasi bersama-sama mengendalikan acara sukaneka yang bertemakan "Riadah, makan, minum, kenyang, dapat cash dan santai".

Lara Si Buta
Eat, Drink & Cash
Izinkan Saya
Izinkan Saya
Tak Kena Pun
Bola Sepak Berbasikal
Selepas acara sukaneka dijalankan, guru-guru menikmati jamuan dan menyaksikan persembahan dari guru dan pelajar di Dataran Wawasan. Majlis bersurai lebih kurang jam 12.45 tengah hari.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *