Khamis, 11 April 2013

Lawatan Ke Singapura - USS


Setelah menempuh berbagai halangan, akhirnya Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad dengan kerjasama Panitia Sivik SMK Jalan Reko berjaya juga menganjurkan Lawatan Ke Singapura pada 6 & 7 April 2013.  Seramai 51 peserta terlibat di dalam lawatan ini melibatkan 19 orang pelajar dan 15 orang guru bersama ahli keluarga masing-masing.  

   

Perjalanan menuju ke Johor Bharu bermula jam 8.00 pagi dan sampai ke tempat penginapan lebih kurang jam 1.00 petang.  Selepas meninggalkan beg di bilik yang disediakan, peserta menaiki bas semula menuju ke Singapura.  Antara tempat yang dilawati pada hari tersebut ialah Merlion, Chinatown, Arab Street dan Mustafa Centre.  Selepas itu peserta dibawa pulang semula ke Hotel Zen Zheng di Johor Bharu untuk menghilangkan penat setelah seharian berjalan.


Keesokannya, seawal jam 7.00 pagi peserta check out dan meneruskan lagi perjalanan menuju ke Singapura iaitu ke Universal Studio Singapore.  Kami tiba di USS pada jam 10.30 pagi dan meneruskan aktiviti sendiri mengikut kumpulan masing-masing.  Pada jam 6.00 petang semua peserta berkumpul dan menaiki bas untuk pulang semula ke sekolah.  Para peserta tiba di sekolah pada jam 11.30 malam.

 
Secara keseluruhannya semua peserta berpuashati.  Pihak penganjur mendapat banyak pengalaman dari penganjuran lawatan ke luar negara untuk kali yang pertama ini dan jika berkesempatan, kami akan cuba menganjurkan lawatan ke negara yang lain pula.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *