Khamis, 30 Ogos 2012

Majlis Di Ambang Kemerdekaan & Penutupan Bulan Patriotik 2012

Majlis ini telah berlangsung pada jam 7.30 pagi tadi di Dataran Wawasan SMK Jalan Reko. Majlis bermula dengan bacaan doa oleh En. Mustafa b. Mohd Isa diikuti dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Seterusnya, Pn. Che Normalis bt. Alias (Penolong Kanan) diiringi oleh Pn. Haslina bt. Ibrahim (Setiausaha Program) untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yang dijalankan sepanjang Bulan Patriotik berlangsung.


Majlis diteruskan dengan Persembahan Pentomin dan sajak oleh pelajar-pelajar tingkatan empat di bawah pimpinan Cik Fatimah bt. Jani, Pn. Sarah, En. Salmi b. Zakaria dan Pn. Haslina bt. Ibrahim. Selepas Pn. Che Normalis bt. Alias menyampaikan ucapan penutup, Pn. Rohaniah bt. Kassim (Penyelaras Program) diarak ke pentas untuk menyerahkan kembali replika keris sebagai tanda tugas yang diamanahkan telah pun disempurnakan. Seterusnya, Pn. Che Normalis melepaskan burung di dalam sangkar satu persatu sebagai lambang kebebasan negara kita dari penjajahan.

Majlis ditamatkan dengan nyanyian Lagu Tanggal 31 beramai-ramai di samping kibaran bendera dan laungan 'MERDEKA' sebanyak tujuh kali diketuai oleh En. Mohd Syahizam b. Shair.

Tiada ulasan:

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *