Khamis, 7 Januari 2010

Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad ditubuhkan pada 1 April 1997. Semasa pendaftaran pelajar pada setiap awal tahun, Koperasi mengalami masalah kesesakan dan kekurangan ruang untuk penyimpanan barangan.

Bertitik tolak dari masalah ini, Anggota Lembaga Koperasi berpendapat perlunya dibuat sedikit pengubahsuaian pada Kedai Koperasi. Hari ini, Kedai Koperasi sudah bertukar wajah seperti yang anda semua dapat saksikan.

Oleh itu, bersempena dengan Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Koperasi, Bacaan Ikrar dan Mesyuarat Agung Koperasi Kali Ke-7, pihak Pengurusan Koperasi telah melaksanakan Perasmian Wajah Baru Kedai Koperasi.

Tiada ulasan:

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *