Isnin, 15 Mac 2010

Kem Jati Diri, Kepimpinan Badan Pengurusan Kelas Dan Kokurikulum 2010

Kem Jati Diri, Kepimpinan Badan Pengurusan Kelas Dan Kokurikulum 2010 telah diadakan pada 13-14 Mac (Sabtu dan Ahad) di Kem The Woods, Ulu Yam, Selangor. Kem ini telah disertai oleh 175 orang pelajar yang terdiri dari Pengerusi dan Naib Pengerusi Kelas (Unit HEM) serta pemimpin-pemimpin kelab, persatuan dan badan beruniform (Unit Kokurikulum).

Pada hari Ahad (jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari) dua orang Guru Koperasi iaitu En. Mohd Syahizam b Shair dan Pn. Haslina bt Ibrahim telah dijemput untuk mengendalikan slot berkaitan dengan kewangan (bagaimana mendapatkan dana, dokumen-dokumen yang perlu disediakan serta cara menyediakan bajet kewangan dan peruntukan) untuk Unit Kokurikulum. Dua orang bekas pelajar SMK Jalan Reko iaitu Awi Marfaiz dan Khairul Nizam juga telah terlibat sebagai fasilitator untuk slot ini.

Selain dari memberikan penerangan mengenai kewangan, slot ini juga diisi dengan bengkel, menyusun huruf untuk menjadi satu peribahasa, menyediakan akaun dan permainan "kelopak - jantung" serta "boom".





Tiada ulasan:

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *