Sabtu, 1 Mei 2010

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-12



Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad Kali Ke-12 telah diadakan pada hari Jumaat 30 April 2010 di Dewan Lestari, SMK Jalan Reko. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Pn. Rosny bt Osman (Pengetua) yang seterusnya mempengerusikan Mesyuarat Agung sebelum diambil alih oleh Pn. Zaini bt Mohd Noor (PK Kokurikulum).



Pelajar-pelajar dari Tingkatan 4 Sains, 4TV1, 4TV2 dan 4KE1 telah menghadiri Mesyuarat Agung yang bermula pada jam 8.45 pagi dan berakhir pada jam 10.10 pagi. Pn. Haslina bt Ibrahim (Setiausaha) telah membentangkan Laporan Ahli Lembaga Koperasi manakala En. Mohd Syahizam bin Shair (Bendahari) membentangkan Laporan Kewangan.




Minit Mesyuarat Agung Tahunan ini telah dicatat oleh Pn. Hirawati bt Baharuddin (Pengurus Jualan).
Mohd Adzha b Mesdi, Pengawas Koperasi dari Tingkatan 4TV2 telah ditugaskan sebagai pembaca doa.



Pada petang Khamis 29 april 2010, Pn. Mastura bt Kamarudin (Pengurus Stok) telah membuat persiapan di Dewan Lestari seperti memasang banner dan menyediakan meja mesyuarat dengan dibantu oleh pengawas-pengawas koperasi.



Pada akhir mesyuarat, pelajar-pelajar telah diberikan air minuman dan biskut Munchy's sumbangan dari Syarikat Jovi JC (pembekal koperasi).




Tiada ulasan:

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *