Jumaat, 25 Februari 2011

Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2011

Pada 24 dan 25 Februari 2011, Unit Kokurikulum SMK Jalan Reko telah mengadakan Kursus Kepimpinan Kokurikulum untuk barisan pemimpin yang terdiri dari Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Kelab, Persatuan serta Unit Beruniform yang ada di sekolah.



Seramai 81 orang pelajar telah mengikuti kursus yang mengambil masa selama dua hari dan satu malam yang diadakan di Kem bina At-Taqwa, Dengkil, Selangor. Kelab Koperasi telah menghantar tiga orang wakil iaitu Muhammad Nur Afiq b. Misnan, Mohd. Adzha b. Mesdi dan Puteri Noor Hawabealla untuk menghadiri kem tersebut.



Beberapa slot aktiviti telah dijalankan iaitu Kenali Diri dan Potensi, Kepimpinan Berkesan, Pengurusan Aktiviti dan Program, Perancangan Kewangan, Kertas Kerja Program dan Explorace - Kau dihatiku.



Aktiviti yang meninggalkan kesan di hati pelajar ialah Explorace - Kau dihatiku, di mana pelajar perlu keluar dari Kem dan bergerak dari rumah ke rumah untuk berjumpa dengan masyarakat di sekeliling kem itu.



Mereka menawarkan bantuan yang diperlukan oleh penduduk sebelum mendapat pengesahan yang kumpulan mereka telah membuat kerja tersebut. Setiap kumpulan perlu mendapatkan tandatangan dari enam buah rumah atau kedai dan membawa balik bahan bukti.



Seramai tiga orang guru mengiringi pelajar di dalam program ini iaitu Pn. Zaini bt. Mohd Noor (Penolong Kanan Kokurikulum), Pn. Nooriza bt. Wahab (Setiausaha Kokurikulum) dan Pn. Haslina bt. Ibrahim (Setiausaha Koperasi).

1 ulasan:

Danilo Sergio Pallar Lemos berkata...

Excelent you blog.
I am from Braziliam.

www.vivendoteologia.blogspot.com

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *