Jumaat, 11 Mac 2011

Majlis Pelancaran Program Mentor Mentee 2011

Bertempat di Dataran Wawasan pada jam 7.30 pagi tadi, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Jalan Reko telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Mentor Mentee Tahun 2011.



Kecemerlangan akademik merupakan impian bagi setiap pelajar. Bagi mencapai kecemerlangan tersebut bukan sahaja memerlukan kerajinan dan usaha yang gigih tetapi perlu diiringi dengan tunjuk ajar serta panduan daripada orang yang lebih berpengalaman.



Oleh itu, mentor mentee merupakan satu program kesedaran yang dirancang khusus bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan. Mereka akan diberikan pelbagai aktiviti pemulihan dan kesedaran secara kelompok oleh guru-guru yang berpengalaman.



Objektif program ini ialah
1. mewujudkan hubungan yang lebih rapat atau mesra antara pelajar dan guru
2. meningkatkan peratus pencapaian akademik sekolah
3. guru dapat mengenalpasti masalah pelajar, membantu menyelesaikan masalah ketidakstabilan emosi, kesihatan, kebersihan diri dan persekitaran, pencapaian akademik, kokurikulum, disiplin kendiri dan sebagainya.

3 ulasan:

Unknown berkata...

majulah sekolah utk negara ;) ...

pak long berkata...

salam..
moga ia memberikan sejuta hikmah

Chekgu Azrine berkata...

salam perkenalan cikgu!!

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *