Isnin, 26 Mac 2012

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-14



Pada jam 8.05 pagi tadi, Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad Kali Ke-14 telah diadakan di Dewan Lestari. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ahmad Muhaimin b. Ahmad Mahir (5TV4). Seterusnya, Mesyuarat Agung ini dirasmikan oleh Pn. Che Normalis, Penolong Kanan SMK Jalan Reko.




Selepas penyampaian hadiah kepada perasmi, Pn. Noorlaili bt. Mahmud, Penolong Kanan Kokurikulum merangkap Naib Pengerusi Koperasi memulakan Mesyuarat Agung ini. Mesyuarat ini dikendalikan bersama oleh Pn. Haslina bt. Ibrahim (Setiausaha) dan En. Mohd. Syahizam b. Shair (Bendahari). Pencatat minit ialah Pn. Hirawati Bt. Baharuddin (Pengurus Stok).



Pelajar-pelajar yang menghadiri Mesyuarat Agung ini menerima sebotol air Fruit 10 sumbangan dari Syarikat L.B. Food dan biskut Munchy's sumbangan dari Syarikat Jovi Sdn. Bhd. Mesyuarat berakhir pada jam 9.15 pagi.


Tiada ulasan:

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *