Jumaat, 2 Mac 2012

Sambutan Maulidur Rasul 2012



Pada jam 7.30 pagi tadi, Panitia Agama Islam telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang bertemakan "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah". Kumpulan Maulid Al-Jenderami telah dijemput untuk Bacaan Maulid dan Tausiah. Objektif sambutan ini adalah untuk mengenang pahit getir pengorbanan dan perjuangan Rasulullah S.A.W dalam menegakkan kebenaran demi kesejahteraan sejagat, mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan demi kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat serta menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai ikutan sebenar dalam kehidupan.



Adalah diharapkan melalui program yang dirancang ini akan memberi satu alternatif baru kepada pelajar-pelajar sesuai dengan naluri pelajar yang sukakan kepada program yang berbentuk hiburan. Ianya juga sebagai satu langkah pendekatan kepada pelajar-pelajar khususnya dalam memberi kesedaran dan keinsafan tentang perjuangan dan pengorbanan besar yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W seterusnya menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai contoh dalam kehidupan.



Tiada ulasan:

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *