Khamis, 4 Julai 2013

Seminar Teknik Menjawab Ekonomi Asas 2013

Pada jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang tadi telah berlangsung Seminar Teknik Menjawab Soalan Ekonomi Asas Daerah Hulu Langat di German Malaysian Institute, Bangi, Selangor.  Program ini merupakan aktiviti tahunan Panitia Ekonomi Asas Daerah Hulu Langat yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar cara menjawab soalan dengan lebih sistematik dan berkualiti. 

Seramai 4 orang pelajar dan seorang guru Ekonomi Asas dari semua sekolah di Daerah Hulu Langat terlibat di dalam program ini (35 buah sekolah).  SMK Jalan Reko telah diwakili oleh Maisarah bt. Azani dan Sh. Nur Shafika (5TV2) serta Norman b. Mohd Said dan Ian Stanley Paul (5TV1).  Mereka dibawa oleh Pn. Haslina bt. Ibrahim, Setiausaha Koperasi yang juga merupakan Ketua Panitia Ekonomi Asas. 


 

Program bermula dengan ucapan dari En. Wan Syuib b. Wan Ahmad, Pen. Pegawai Pelajaran, Bidang Sains Kemasyarakatan Daerah Hulu Langat. Seterusnya, Majlis Perasmian dan taklimat dari pihak GMI. Selepas minum pagi, guru-guru dibawa melawat kawasan dan diberi penerangan tentang program yang dijalankan di GMI.  Pada masa ini, pelajar mengikuti Seminar Teknik Menjawab Soalan yang disampaikan oleh Pn. Hasanah bt. Hamsawi di Auditorium.

 

Selepas makan tengah hari pula, pelajar-pelajar mengikuti Bengkel Menjawab Soalan.  Mereka dipecahkan kepada kumpulan kecil, satu kumpulan melibatkan dua buah sekolah. Majlis berakhir dengan  penyerahan sijil oleh Pn. Kamisah bt. Ali, Pengetua SMK Khir Johari kepada setiap sekolah yang terlibat.

 

Tiada ulasan:

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *