Jumaat, 9 Julai 2010

Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2010

Sempena Hari Koperasi Sekolah (HKS) yang disambut pada 27 Jun sehingga 3 Julai 2010 di seluruh negara, Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad memilih tarikh 28 Jun 2010 (Isnin) jam 7.30 pagi untuk mengadakan Perhimpunan HKS di SMK Jalan Reko.

Antara acara yang dijalankan semasa perhimpunan ini ialah Bacaan Perutusan, Persembahan Koir dan Penanaman Pokok Melati (Wrightia Religiosa).



Untuk memeriahkan acara sambutan HKS, pihak Koperasi telah menganjurkan dua pertandingan iaitu :
1) Pertandingan Melukis yang diadakan pada 29 Jun 2010. Pemenang tempat pertama mendapat wang tunai RM 30.00, tempat kedua RM 20.00 dan tempat ketiga RM 10.00



2) Pertandingan Bola Sepak Sarung Lima Sebelah yang diadakan pada 30 Jun dan 8 Julai. Pemenang tempat pertama mendapat Piala Emas dan wang tunai RM 50.00, tempat kedua Piala Perak dan tempat ketiga Piala Gangsa.




Tiada ulasan:

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *