Isnin, 16 Ogos 2010

Penyerahan Zakat Perniagaan





Selepas berakhirnya Mesyuarat Agung Tahunan setiap tahun, Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad akan menghantar laporan kewangan kepada Lembaga Zakat Selangor untuk mengira zakat yang perlu dikeluarkan.

Pada jam 7.45 pagi tadi, majlis penyerahan zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2009 telah diadakan di Dataran Wawasan SMK Jalan Reko. Zakat bernilai RM 1190.00 ini telah diserahkan oleh En. Mohd Syahizam b. Shair (Bendahari Koperasi) kepada Pn. Rosny bt. Osman (Pengetua).

Wang zakat ini seterusnya akan diserahkan kepada Panitia Pendidikan Islam untuk diuruskan pembahagiannya kepada pelajar yang layak menerimanya. Semoga pengeluaran zakat ini akan menambahkan keberkatan bagi harta koperasi yang tinggal.

Tiada ulasan:

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *