Rabu, 16 Mac 2011

Penyediaan Akaun Akhir


Pada 15 dan 16 Mac 2011 (10 pagi - 5.00 petang), Pegawai Unit SEKKOP Angkasa telah hadir ke Koperasi untuk memantau kerja-kerja penyediaan akaun bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2010. Tahun ini merupakan tahun kedua En. Norazmee Muslimen membantu Bendahari Koperasi menggunakan Program SEKKOP 123.

Waktu cuti pertengahan penggal ini dipilih supaya tidak menjejaskan jadual waktu mengajar Bendahari dan Setiausaha Koperasi. Setelah akaun ini siap, Bendahari perlu membuat pengesahan baki wang tunai di tangan, jumlah stok akhir dan sebagainya.

Setelah segalanya selesai, barulah akaun tersebut dan segala dokumen berkaitan boleh diserahkan kepada Pegawai Audit, Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk proses audit yang dijangkakan akan berlangsung pada bulan April nanti.


5 ulasan:

pak long berkata...

salam...
nak ada mesorat agong ker...?

IMANSHAH berkata...

salam

ada juga blog pasal koop ye..kebetulan saya juga guru koperasi..moga dapat berkongsi

Unknown berkata...

datang jalan kaki je kat sini.... catwalk kat sini sikit....

nak beli air kat sini la... dahaga la pulak....

masuk akaun audit skali tau...

IZAONLINESHOP berkata...

majulah koperasi untuk sekolah...

cikguhaslina berkata...

ye la pak long, tak lama dah tu..sbg org lama dlm koop, nnt boleh la tunjuk ajar apa yg patut..imanshah, jom share..azrul, setakat air tu, ok jerr..iza, thanks..

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *