Jumaat, 27 April 2012

Majlis Persaraan Pn. Fatimah Ali

Pada jam 10.30 pagi tadi, telah berlangsung Majlis Kenangan Bersama Kekal Selamanya iaitu Majlis Persaraan Pn. Fatimah bt. Ali, Ketua Bidang Sains & Matematik. Beliau telah memulakan perkhidmatan sebagai seorang guru di SM Putri Titiwangsa, Kuala Lumpur pada tahun 1982 sehingga tahun 1989. Beliau berpindah ke SMK Taman Tasik, Ampang pada tahun 1989. Setelah dua tahun berkhidmat di sana, beliau berpindah pula ke SMJK Yu Hwa, Kajang bermula tahun 1991 sehingga 1995. Seterusnya beliau berpindah ke SMK Jalan Reko pada 1 Disember 1995 dan merupakan sekolah terakhir beliau sebelum menamatkan perkhidmatan sebagai seorang pendidik.




Majlis diserikan dengan acara penyampaian hadiah dari wakil murid, unit-unit khas, pihak pentadbir dan penyampaian Sijil Jasamu Dikenang. Guru dan pelajar juga membuat persembahan sebagai kenangan terakhir untuk beliau. Selamat bersara diucapkan kepada Pn. Fatimah bt. Ali dan semoga beliau tidak akan melupakan kami di sini.





1 ulasan:

mamapp berkata...

wah sambutan besar-besaran ni.. seronok cikgu tu nk bersara

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *