Ahad, 9 September 2012

Malam Sejuta Harapan 2012


Pada hari Sabtu 8 September 2012, Majlis Makan Malam Amal telah diadakan di SMK Jalan Reko. Majlis yang dinamakan Malam Sejuta Harapan ini bertujuan untuk mengumpul Dana PIBG dengan anggaran RM 80 000 untuk membina Dataran Berbumbung dan RM 20 000 sebagai tabungan membaik pulih sekolah. Di samping itu ia juga bertujuan untuk meningkatkan kemudahan prasarana sekolah untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi merangsang kecemerlangan akademik dan potensi diri pelajar secara menyeluruh.


Majlis yang dirasmikan oleh Tn. Haji Harun b. Nordin, CEO Kagumas Culinary Akademy (M) Sdn Bhd itu bermula pada jam 8.00 malam. Pihak sekolah telah menjemput pelakon terkenal Kamal Adli, bekas pelajar SMK Jalan Reko sebagai tarikan untuk menjayakan majlis ini. Dalam temuramah dengan pengacara majlis, beliau sempat menyanyikan lagu sekolah yang selalu dinyanyikan dalam setiap kali perhimpunan rasmi sekolah.


Seorang lagi artis yang dijemput ialah Azian Mazwan Sapuan, penyanyi terkenal pada tahun 80-an. Beliau menyanyikan sebuah lagu hari raya dan sebuah lagi lagu popular beliau iaitu 'Rumah Kecil Tiang Seribu'. Anak komposer terkenal A.Ali (Nurazira bt. Hamdan) yang merupakan pelajar tingkatan lima sekolah ini turut menyumbangkan dua buah lagu. Kugiran PSKPP pula membuat persembahan semasa para pengunjung menikmati hidangan.


Pengunjung juga turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan tarian dari guru, pelajar dan kakitangan SMK Jalan Reko diselang seli dengan cabutan nombor bertuah yang memberikan Basikal Fixie dan Tablet PC sebagai hadiah utama. Keseluruhannya, Sebanyak 100 meja telah dijual (32 meja VIP dan 68 meja Standard Umum) kepada guru, kakitangan, AJK PIBG, badan korporat, ibu bapa / penjaga murid, murid dan pelajar serta individu. Selain dari menjual meja, sumbangan juga diterima dari pihak yang terlibat. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang.


Diharapkan dengan sumbangan yang diberikan ini akan merealisasikan pembinaan Dataran Berbumbung yang idea penubuhannya dicetuskan oleh Allahyarhamah Pn. Rosny bt. Osman dan amat dinanti-nantikan oleh semua warga sekolah.

3 ulasan:

KA! berkata...

salam cikgu, anak murid dtng sini, follow my blog yer
http://www.klik-aje.com/

ikaa berkata...

wahhh untunglah kami sni aoran aziz datang..:)

NUR AIN AZMAN berkata...

Wahhhh, best nyaaa lahai

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *